Thursday, May 5, 2011

Kau Lah Segalanya




mak~~~adik sayang mak sangat2..mak lah ibu kepada adik..dan mak jugalah ayah kepada adik..terima kasih sebab selama ini mak menjaga adik dengan baik sekali.sehingga adik berada di tempat ini...mak tak pernah tolak semua kemahuan adik..mak akan cuba usaha kan..adik tahu adik bukan anak yang baik..adik selalu buat mak susah hati..adik minta maaf banyak-banyak.even adik selalu buat mak susah hati tapi mak tetap sabar menjaga adik..terima kasih mak...kerana menjadi ibu yang paling memahami dan penyanyang di dunia ini..

i love u so much
Ibu

Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku



Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku



Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia



Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku



Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua



Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

ps:sajak hasil carian di google..link

No comments: